[Sila jaga adab ketika komen, tunjukkan akhlak yang baik]
ini bukan luahan hati. Ini untuk pengetahuan secara umum yang berniat untuk kembali kepada fitrah. Cara-cara untuk😀 syahadah 😀 Ramai yang malu-malu nak bertanya. Tiada paksaan kepada sesiapa sahaja untuk kembali kepada fitrah. Semua terpulang kepada empunya diri. 😀
.
Hidayah itu milik Allah. Saya hanya boleh menceritakan keindahan Islam. Itu sahaja.
.
Ada yang tertanya-tanya bagaimana saya boleh syahadahkan ramai orang. Kebanyakan yang saya syahadahkan adalah orang yang saya tak kenal. Tak pernah jumpa.
.
Mereka yang datang jumpa saya, DM/PM saya menyatakan hasrat untuk syahadah.
.
Ketika hari saya hendak syahadahkan mereka. Memang menjadi perkara yang wajib saya bertanya.
1. Kenapa ingin memeluk Islam?
2. Bertanya latar belakang mereka.
3. Adakah sebarang paksaan dari sesiapa untuk memeluk Islam?
Jika tiada sebarang paksaan baru saya akan memimpin mereka syahadah.
Jika ada yang seseorang memaksa memeluk Islam itu adalah perkara yang tidak bermoral.
.
Ada yang bertanya perlu bayaran ke nak masuk Islam?
Tiada bayaran . Hanya bawa diri dan hati yang tulus cintakan Islam itu sahaja.
.
Untuk pendaftaran Islam hanya ambil gambar 2 keping dan salinan kad pengenalan. Itu sahaja.
.
Lepas syahadah. Saya akan syor ikuti kelas agama di mana-mana majlis agama islam negeri masing-masing untuk mendalami agama Islam.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 256)
.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
#adamcorrie